Wednesday, November 19, 2008

LAYARI KAMI DI BLOG LIVINGNATURALLY-KDIER.COM


Ikuti perkembangan kami di laman homepage terkini..

Monday, November 10, 2008

DAMAI

Tiada suatu bangsa dan agama yang berkehendakkan kepada kehancuran, kemurkaan,kerosakan.. semua bangsa menuntut kedamaian...

Hidup yang damai...
Tanahair yang damai...
Suasana yang damai...
Keluarga yang damai...
Diri dan Hati yang damai...

Aku yang damai...
Mereka pun inginkan damai...
Di mana-mana suara damai sudah dilaungkan...

Monday, November 3, 2008

KEINSAFAN

Setelah mengharungi segala penat jerih kehidupan ini,ada kala suka dan mahupun berduka, namun likaran hidup ini mahu tidak mahu umur semakin diratah usia. Bila difikir tentang kehidupan alam maya ini, mahu dipohon hidup seratus tahun lagi,untuk apa?, banyak keperluan dirasakan belum cukup!!. Bila diterokai keindahan hidup di sana, mahu sekarang aku dijemput kepadaNya...
Di sini dan di sana.. Aku perlu hidup Aman dan Tenteram..

Oh!! Keinsafan..

Saturday, October 25, 2008

NATURALLY LIFE

Salam, Tuan puan yang di hormati,

Saya merasakan melalui video ini disampaikan suatu saranan yang benar-benar bermakna kepada diri kita. Hayati masej ini demi kesejahteraan manusia sejagat.

TRANSFORM YOUR LIFE

Tuesday, October 21, 2008

INFOSIHAT

SUMBER UTAMA TOKSIN BADAN

Pencemaran Makanan
Walaupun revolusi pertanian telah membawa hasil lumayan, namun saki-baki bahan kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjejaskan kesihatan manusia secara teruk. Setiap orang termakan 0.1 kg sayur dan buah yang mengandungi makhluk perosak setiap hari, secara purata.

Pencemaran Penternakan Haiwan
Setelah pengeluaran makanan laut dan daging dikorporatitasikan, cukup banyak antibiotic telah digunakan untuk mencegah penyakit sementara pelbagai hormon pula digunakan untuk mempercepat ketumbuhan. Antibiotik yang tertinggal dalam daging akan menjejaskan fungsi imun badan kita secera teruk dan membinasakan tisu-tisu sel. Sementara itu hormon-hormon pula mengganggu operasi normal kelenjar endokrin.

Pencemaran Makanan Awet
Kini, makanan-makanan terproses penuh dengan pewarna, bahan awet, pemanis sintetik, penaik tiruan dan pelbagai wangian sintetik.

Pencemaran Sumber Air
Untuk mencegah penyakit daripada merebak, klorin yang berlebihan telah ditambah ke dalam air paip untuk tujuan penyahjangkitan. Klorin mengandungi unsur-unsur karsinogenik.

SANTABI FOR PROSPERITY