Wednesday, November 19, 2008

LAYARI KAMI DI BLOG LIVINGNATURALLY-KDIER.COM


Ikuti perkembangan kami di laman homepage terkini..

Monday, November 10, 2008

DAMAI

Tiada suatu bangsa dan agama yang berkehendakkan kepada kehancuran, kemurkaan,kerosakan.. semua bangsa menuntut kedamaian...

Hidup yang damai...
Tanahair yang damai...
Suasana yang damai...
Keluarga yang damai...
Diri dan Hati yang damai...

Aku yang damai...
Mereka pun inginkan damai...
Di mana-mana suara damai sudah dilaungkan...

Monday, November 3, 2008

KEINSAFAN

Setelah mengharungi segala penat jerih kehidupan ini,ada kala suka dan mahupun berduka, namun likaran hidup ini mahu tidak mahu umur semakin diratah usia. Bila difikir tentang kehidupan alam maya ini, mahu dipohon hidup seratus tahun lagi,untuk apa?, banyak keperluan dirasakan belum cukup!!. Bila diterokai keindahan hidup di sana, mahu sekarang aku dijemput kepadaNya...
Di sini dan di sana.. Aku perlu hidup Aman dan Tenteram..

Oh!! Keinsafan..

Saturday, October 25, 2008

NATURALLY LIFE

Salam, Tuan puan yang di hormati,

Saya merasakan melalui video ini disampaikan suatu saranan yang benar-benar bermakna kepada diri kita. Hayati masej ini demi kesejahteraan manusia sejagat.

TRANSFORM YOUR LIFE

Tuesday, October 21, 2008

INFOSIHAT

SUMBER UTAMA TOKSIN BADAN

Pencemaran Makanan
Walaupun revolusi pertanian telah membawa hasil lumayan, namun saki-baki bahan kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjejaskan kesihatan manusia secara teruk. Setiap orang termakan 0.1 kg sayur dan buah yang mengandungi makhluk perosak setiap hari, secara purata.

Pencemaran Penternakan Haiwan
Setelah pengeluaran makanan laut dan daging dikorporatitasikan, cukup banyak antibiotic telah digunakan untuk mencegah penyakit sementara pelbagai hormon pula digunakan untuk mempercepat ketumbuhan. Antibiotik yang tertinggal dalam daging akan menjejaskan fungsi imun badan kita secera teruk dan membinasakan tisu-tisu sel. Sementara itu hormon-hormon pula mengganggu operasi normal kelenjar endokrin.

Pencemaran Makanan Awet
Kini, makanan-makanan terproses penuh dengan pewarna, bahan awet, pemanis sintetik, penaik tiruan dan pelbagai wangian sintetik.

Pencemaran Sumber Air
Untuk mencegah penyakit daripada merebak, klorin yang berlebihan telah ditambah ke dalam air paip untuk tujuan penyahjangkitan. Klorin mengandungi unsur-unsur karsinogenik.

SANTABI FOR PROSPERITY

ANCAMAN KEHIDUPAN...

Salam, saya baru berkenalan dengan seorang ‘orang lama’ dalam perawatan tradisional ini, umurnya telah melebihi 100 tahun, banyak tip-tip perawatan dikongsikan bersama saya. Dalam hal mandian herba dan Hammam ini disarankan supaya saya segera berusaha dan bertindak untuk hebahkan berita kepentingannya kepada masyarakat.
“Setiap manusia pastinya tidak harus abaikan terhadap diri sendiri, tambah-tambah hari ini, secara tidak sedar banyak pemakanan yang telah diracun, udara telahpun beracun, pokok-pokok ditebang sesukanya, telaga atau perigi yang memberikan sumber air mutlaq telah dikambus dan ditutup. Di mana lagi ada SIHAT?” tanya orang tua itu kepada saya.. Di sini saya kongsi dengan anda bahawa benar apa yang dikatakan. Setelah mereka tiada, kitalah pewarisnya.. Jika kita khianati alam ciptaan tuhan sebagai sumber utama kehidupan ini, maka kitalah penanggung akibatnya.
Herba mandian dan hammam adalah alternatif untuk penjagaan kesihatan sebelum kita dipanggil ke rumah sakit! Mencegah itu lebih baik dari merawat..
Demi kesejahteraan bersama, Apa pendapat anda ?

The power of Solat

Monday, October 20, 2008

POWER OF LOVE

NATURALLY...

Ungkapan “Living Naturally” begitu luas maksudnya. Di sini kami mengajak anda kembali kepada sumber hidup yang lebih tenang dan tenteram. Asas makanan perlu diubah kembali, Wujudkan suasana sekeliling dengan kehijauan tumbuhan, permandangan kehijauan tumbuh-tumbuhan sangat membantu tenteram kita. Sumber air juga memberi bantuan terhadap kita, minum banyak air yang bersih, mandi, lihat aliran air jernih di sungai-sungai.Ini semua akan mengembalikan ‘natural’ hidup anda..

Saya suka berjalan-jalan, tak kira di mana, bila terjumpa perkampungan, akan saya tinjau apakah tempat tersebut boleh saya dapatkan perigi untuk saya basahkan muka. Kadang-kadang bila berkesempatan pula saya akan tanggalkan pakaian dan terus je mandi… Wah, bukan mudah untuk mendapat kenikmatan air mutlaq semulajadi ni..

Anda akan kegilaan bila dah sekali ‘pekena’ air perigi… Tubuh badan kita ni dikurniakan ‘natural’ maka sumber hidup natural adalah hak badan kita….