Tuesday, October 21, 2008

INFOSIHAT

SUMBER UTAMA TOKSIN BADAN

Pencemaran Makanan
Walaupun revolusi pertanian telah membawa hasil lumayan, namun saki-baki bahan kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjejaskan kesihatan manusia secara teruk. Setiap orang termakan 0.1 kg sayur dan buah yang mengandungi makhluk perosak setiap hari, secara purata.

Pencemaran Penternakan Haiwan
Setelah pengeluaran makanan laut dan daging dikorporatitasikan, cukup banyak antibiotic telah digunakan untuk mencegah penyakit sementara pelbagai hormon pula digunakan untuk mempercepat ketumbuhan. Antibiotik yang tertinggal dalam daging akan menjejaskan fungsi imun badan kita secera teruk dan membinasakan tisu-tisu sel. Sementara itu hormon-hormon pula mengganggu operasi normal kelenjar endokrin.

Pencemaran Makanan Awet
Kini, makanan-makanan terproses penuh dengan pewarna, bahan awet, pemanis sintetik, penaik tiruan dan pelbagai wangian sintetik.

Pencemaran Sumber Air
Untuk mencegah penyakit daripada merebak, klorin yang berlebihan telah ditambah ke dalam air paip untuk tujuan penyahjangkitan. Klorin mengandungi unsur-unsur karsinogenik.

No comments: