Tuesday, October 21, 2008

ANCAMAN KEHIDUPAN...

Salam, saya baru berkenalan dengan seorang ‘orang lama’ dalam perawatan tradisional ini, umurnya telah melebihi 100 tahun, banyak tip-tip perawatan dikongsikan bersama saya. Dalam hal mandian herba dan Hammam ini disarankan supaya saya segera berusaha dan bertindak untuk hebahkan berita kepentingannya kepada masyarakat.
“Setiap manusia pastinya tidak harus abaikan terhadap diri sendiri, tambah-tambah hari ini, secara tidak sedar banyak pemakanan yang telah diracun, udara telahpun beracun, pokok-pokok ditebang sesukanya, telaga atau perigi yang memberikan sumber air mutlaq telah dikambus dan ditutup. Di mana lagi ada SIHAT?” tanya orang tua itu kepada saya.. Di sini saya kongsi dengan anda bahawa benar apa yang dikatakan. Setelah mereka tiada, kitalah pewarisnya.. Jika kita khianati alam ciptaan tuhan sebagai sumber utama kehidupan ini, maka kitalah penanggung akibatnya.
Herba mandian dan hammam adalah alternatif untuk penjagaan kesihatan sebelum kita dipanggil ke rumah sakit! Mencegah itu lebih baik dari merawat..
Demi kesejahteraan bersama, Apa pendapat anda ?

No comments: